Pesan Terakhir Nabi Muhammad SAW
(Khutbah Wida)

[Ini adalah kutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W. disampaikan pada 9 Zulhijah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Jazirah Arab.

WAHAI manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak aku katakan. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia [kutbah ini] pada orang orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

WAHAI manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti siapa pun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan dan Dia pasti akan membuat perhitungan diatas segala
amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

BERWASPADALAH terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara perkara yang besar, maka
berjaga jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara
perkara kecil.

WAHAI manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka karana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai de dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

WAHAI manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
ALLAH SWT, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah
saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua dalah sama, tidak seorangpun
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal
soleh.

INGATLAH bahwa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu awasilah jangan sekali-kali keluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.

WAHAI manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilaikanlah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah Alquran dan Sunnahku.

HENDAKLAH orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya ALLAH, bahwasanya telah aku
sampaikan risalah MU kepada hamba hamba Mu.

Sumber: satu di antara situs Negeri Jiran (www.orangkita.com)

Komentar

Postingan populer dari blog ini

MELEPAS KOLEKSIAN, MELEPAS KENANGAN (BAGIAN 1)